25 April, 2011

Lajukan speed broadband yang dah habis limit hanya pembohongan?

Sejak kebelakangan ni, banyak blog yang menyiarkan artikel berkenaan cara-cara melajukan semula broadband yang dah habis limit. Mula-mula terlihat tajuknya, saya fikir “boleh ke? Kalau boleh, lingkup laa company broadband ni”. Jadi saya baca artikel tersebut dan kesimpulan yang saya buat; semuanya rekaan semata-mata.

Mengikut penulis berkaitan, melalui tutorial tersebut, pc/laptop akan ping ke server, dan membolehkan kelajuan tidak berkurangan. Tetapi bagi anda yang biasa menggunakan command prompt, anda akan tahu, skrip yang dimaksudkan hanyalah untuk ping ke laptop/pc sendiri!.

Habis, kenapa speed naik walaupun ping ke laptop/pc sendiri?. Jawapannya, command prompt menghantar/menerima isyarat ping dan menyebabkan trafik network meningkat. Cara yang betul untuk mengukur kelajuan broadband anda adalah menggunakan download manager [IDM, FDM] ataupun melihat pada downlaod window browser anda. Kelajuan pada download manager ini adalah kelajuan sebenar sambungan ke server sesuatu website [bukannya kelajuan data yang dihantar ke laptop/pc sendiri ; ping].

Jadi apa kesannya?. Command Prompt yang dibuat, meninggalkan kesan dalam jangkamasa yang lama, dan ia bukan kesan yang positif!. Command prompt tersebut akan menggunakan resources [processor/RAM] sedikit demi sedikit untuk melakukan tugas yang sia-sia [ping ke laptop/pc sendiri]. Resources yang digunakan akan meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan laptop/pc anda semakin perlahan dan berkemungkinan akan HANG, terutamanya pada laptop dan pc dengan prestasi rendah.

Kesimpulannya; tutorial melajukan broadband hanyalah dongeng semata-mata. Nasihat saya ; cara terbaik melajukan semula broadband anda ialah dengan menambah limit anda!.